Artikel Oleh : Nisa Zurah (May, 2020)
Terjemahan : Bahasa Indonesia/Melayu
Penerbit : Surface Exchange
Rupiah Token (IDRT) adalah sebuah coin khusus dari Indonesia di mana nilainya diikat dengan 1:1 matawang fiat Rupiah Indonesia (IDR). Rupiah Token adalah smart contract token pada dua Blockhain iaitu Binance Chain (BEP-20) dan juga Ethereum Chain (ERC-20). Surface Exchange telah mengikat kontrak persetujuan untuk menyenaraikan Rupiah Token sebagai salah satu aset dagangan kerana Surface melihat masa depan yang positif terhadap coin IDRT dalam membantu ekosistem penghantaran wang ke Indonesia mahupun sebagai aset penukar dalam perdagangan komoditi di Indonesia. Ini jelas terbukti mempunyai masa depan yang cerah kerana BAPPEBTI (Badan Pengawas Perdagangan Berjangka Komoditi) di Indonesia turut mengesahkan kewujudan Rupiah Token. Oleh kerana mendapat pengesahan daripada badan legal Indonesia, ini akan membuatkan penukaran IDRT itu ke Rupiah Indonesia (IDR) akan lebih mudah. Turut hadir juga aplikasi PINTU dalam menjadi platform penukar IDRT ke matawang fiat Indonesia iaitu Rupiah.
Surface menyenaraikan pasaran IDRT seperti di bawah :
Pasaran Base :
DDK / IDRT
BTC / IDRT
ETH / IDRT
Pasaran Quote :
IDRT / USDT
Ini adalah satu inisiatif yang perlu diceburi oleh masyarakat Indonesia itu sendiri, kerana kami melihat Indonesia mempunyai masa depan yang cerah di dalam Industri 4.0 sama ada dari segi industri streaming, penciptaan aplikasi, matawang dan sebagainya.
Telegram : Surface Community